Monday, August 29, 2016

'Azim Banyak Mendiamkan Diri Sejak Beberapa Hari Yang Lalu' - Ibu Azim


Pagi tadi digemparkan dengan kejadian seorang pelajar tingkatan 3, Azim Hakimi Abu Shuja yang maut akibat terjatuh dari tingkat 3 sekolah ketika mahu menyelamatkan beg rakannya yang dibuang oleh rakan yang lain.

Ibu mangsa berkata dia perasan bahawa anaknya itu banyak mendiamkan diri sejak beberapa hari yang lalu.

Beliau juga memberitahu kepada wartawan Berita Harian bahawa, Azim sempat mengulang kali pelajaran bersama rakan yang lain kerana bakal menduduki peperiksaan PT3 tidak lama lagi.

Kredit gambar: Berita Harian
"Azim banyak mendiamkan diri dan malam tadi, dia sempat mengulangkaji pelajaran bersama-sama rakannya.

"Pagi tadi, dia tidak banyak bercakap, namun kelakuannya masih seperti biasa, malah dia sempat melambaikan tangan selepas saya menghantarnya ke sekolah," katanya.

Jenazah Azim dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Presint 20.


 

Tuesday, August 23, 2016

' NETIZEN KECAM LELAKI LAHANAT INI ! '








KOMEN NETIZEN:

 Astafiruallah...selamatkan dirimu dik sebelum terlambat...tidak guna bersuami kalau perangainya mcm syaitan...langsung tak ada perasaan pd isteri dan baby yg dikandung. Jgn berlengah lagi, berterus-terang jer pd parents. Suami mcm ni tak guna disimpan...masalah akan sentiasa ada sepanjang perkahwinan kalau beginilah sikap suami. Biar terseksa sekejap dr merana sepanjang hayat.

Aku percaya perempuan yg post hal ni baca setiap reply pd post ni. Ni aku nk habaq kt hang hang pm kt aku bg tau kt aku sapa laki tu detail dia muka dia alamat dia kt mana sbb aku nk jd penjamin dia. Sis u jgn jd bodoh ikut ckp jantan tu ok fikir pasal...See More

Org camni report polis je..if bpisah pon anak still ikot mak walaupon si ibu xbkeje..xkan nak bg bpk yg bniat nak jual or nak bg org lain sbb masalah yg dia create sdiri..hoho sy ade jln pnyelesaian kalo nak pm sy..

Adik ko plih skrg,ko nak selamatkn nyawa ko,anak ko dan ibubapa ko.....semata2 kerana lelaki xde guna,jgn tkut cerai,jgn tkut brpisah,itu lumrah kehidupan ,ramai lelaki lbih baik dripda dia ,dia susahkan smua org dmi nk selamatkn diri....ko jamin xsmestinya ko selamat mgkin ko,anak dan Ibubapa nyawa dihujung tanduk.....percayalah..report polis ambil tindakan,undang2 masih ada.ada bukti sms jgn pda bgi pda polis.

Kalu tggu mmg nk mati la ...silap hari bulan..die leh jual awk jd pelacur.kalau syg family..syg baby..report polis..xmati la cerai dgn jntan x guna tu .kalau along tu nk cincang laki awk pn xpe 

Cmni la sis, buat polis report siap2 jgn pdm skrinshot ni print tnjuk polis. Pastu bgtau parents awk n mntk perlindungn polis jgk. Dlm ms sama awk pegi nyorok kt mana2. Jgn kontek dia atau apa2 tukar no fon n cuma mak ayah awk je yg tau.. Plis.. Sy pun tgh preggy anak 1st n faham prasaan awk cmne.. Jaga bby tu dear..

Dik tolong bgtau kat parents, even drg marah terbelah dunia pun drg xkan sanggup buang adik...tp lelaki tu lain cerita. Dan pergi buat report polis..jaga anak tu baik2, anak ni rezeki dan anugerah dr Allah mesti jaga baik2. Kakak harap buat semua ni...kakak akan doakan dik semoga sentiasa dilindungi Allah SWT, amin.

'DIA BUKAN LARI IKUT JANTAN'



SABAK BERNAM - “Dia bukan lari ikut lelaki, tolonglah hentikan tuduhan ini!,” rayu seorang ibu, Mak Su (bukan nama sebenar), 41, selepas anaknya, Samirah (bukan nama sebenar), 16, dilaporkan hilang 1 Ogos lalu.

Kehilangan Samirah menimbulkan andaian pelbagai pihak terutama di media sosial hingga ada yang mendakwa kononnya anaknya itu mengikut teman lelaki, bagaimanapun remaja perempuan itu ditemui di rumah ibu angkatnya di Serendah, Sabtu lalu.

Menurut Mak Su, anak sulung daripada lima beradik itu sebenarnya mengikut seorang rakan perempuannya berusia 20 tahun ke Shah Alam selepas remaja itu datang ke rumah seorang lagi rakannya yang tinggal di kampung berhampiran.

“Saya harap masyarakat, tolonglah faham apa yang berlaku, jangan tuding jari tanpa tahu cerita sebenar, masa depannya masih jauh lagi,” katanya.

Mak Su yang bekerja sebagai pembantu kedai makan berkata, dia sedang merancang menumpangkan Samirah di rumah salah seorang abangnya dan memindahkan persekolahan anaknya itu di luar Sabak Bernam.

“Kalau tanya dia, memang dia dah tak nak belajar lagi. Dia kata, nak ambil kemahiran. Tapi saya tegas, nak suruh dia belajar sampai habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

“Mungkin sebab dia malu atas apa yang berlaku, jadi jalan terbaik dia pindah sekolah dan mulakan hidup baru,” katanya.

Sementara itu, Samirah memberitahu, dia kesal dengan apa yang berlaku terhadapnya dan ingin berubah untuk menjadi anak lebih baik.

“Cukuplah apa yang berlaku sampai mak risaukan saya.
“Memang hasrat hati saya nak pindah sekolah, tak nak lagi duduk sini. Saya pun ada maruah, malu dengan kawan-kawan,” katanya.


'LELAKI INI HIDUP DENGAN 39 ORANG ISTERI'

BAKTWANG - INDIA . Seorang lelaki di India, mengejutkan ramai pihak apabila memiliki 39 orang isteri, iaitu sesuatu yang luar biasa bagi masyarakat biasa.
Lelaki yang dikenali sebagai Ziona Chana itu, membina sebuah rumah besar yang memiliki 100 bilik untuk isterinya, 94 anak dan 33 cucu.
Memetik laporan Elitereaders, para isterinya akan ditempatkan diruang khas, sementara anak-anaknya yang sudah berkeluarga akan tinggal di bilik yang terpisah, sesuai dengan perubahan status mereka yang sudah memiliki keluarga sendiri.
"Saya memiliki begitu banyak orang yang peduli dan ingin menjaga saya. Saya menganggap diri saya sebagai seorang yang beruntung," kata Ziona.
"Pasti kamu akan tertanya-tanya bagaimana kami mempertahankan keluarga dengan jumlah besar tersebut, kan?
"Sebenarnya kami memiliki sumber daya sendiri dan kadang-kadang menerima sumbangan daripada pelbagai pihak," katanya lagi.
Keluarga ini memerlukan 30 ekor ayam dan sekitar 99 kilogram beras untuk dijamu kepada semua orang yang ada di rumah tersebut.
Kehidupan seharian keluarga ini tidak berbeza dengan keluarga-keluarga lain, di mana para isteri biasanya akan saling tolong-menolong untuk memasak.
Sementara anak-anaknya bertanggungjawab membersihkan rumah dan mencuci pakaian, manakala anak-anak yang sihat tubuh badannya akan ditugaskan untuk bertani dan mengurus ternakan.


'SAYA TAK PERNAH DISENTUH'




ADA sesuatu tentang dia yang gagal saya kesan meski pun telah berkenalan bertahun-tahun lamanya. Zahirnya perkahwinan kami nampak bahagia di pandangan keluarga dan sahabat handai.

Tapi di sebalik senyuman manis dan kebahagiaAn itu, terselit duka yang akhirnya membawa kepada penceraian.

Sukar dinyatakan puncanya, perkahwinan yang berusia setahun lebih yang cuba dipertahankan akhirnya kecundang jua.

Saya dan suami membina hubungan atas dasar cinta yang membawa kami ke gerbang perkahwinan.

Namun, saya tidak menyangka suami tidak dapat menjalankan kewajipan dengan sempurna.

Sebagai isterinya yang sah saya tidak pernah menerima hak batin yang sepatutnya dia berikan.
Kesibukan tugas si suami sering kali diberikan alasan, dan hampir enam bulan berumah tangga, saya masih belum disentuhnya.

Hanya doa dan air mata, penguat semangat. Kehidupan kami sebagai suami isteri seolah-olah ‘berpura-pura’.

Kelihatan bahagia di depan orang, sedangkan asing di rumah sendiri.  Sering kali apabila ditanya, bila akan menimang zuriat saya hanya tersenyum kelat.

Saya hanya mampu memberikan jawapan, rezeki belum tiba lagi. Hanya ALLAH SWT memahami apa yang saya rasakan. Kepada keluarga kedua belah pihak, saya cuba rahsiakan. Bimbang mengaibkan suami.

Pada awalnya, saya memikirkan yang suami mempunyai masalah kesihatan dan sebab itu dia seringkali mengelak dengan memberi pelbagai alasan. Oleh sebab itu,
saya cuba mencari alternatif sendiri dengan  mendapatkan khidmat ustaz yang boleh merawat.

Saya juga berusaha membawa suami mendapatkan nasihat doktor pakar. Namun, ikhtiar saya mendapat reaksi negatif suami.

Pelbagai alasan diberikan. Akhirnya, segala usaha hanya sia-sia. Suami mula berubah tingkah laku. Dia tidak pulang ke rumah dengan alasan kerja lebih masa.

Pembohongan demi pembohongan, katanya kursus sana sini. Alasan yang kadang kala tidak masuk akal. Saya mula hilang sabar.

Penat dengan kerenah dia yang tidak cuba menyelesaikan masalah, sebaliknya mengusutkan lagi keadaan kami.

Setahun lebih memandam perasaan, saya nekad ke pejabat agama. Sesi kaunseling antara kami diharapkan dapat menyelamatkan hubungan.

Sangkaan saya meleset. Rupa-rupanya, dia bernafsu terhadap lelaki. Saya akhirnya redha. Puas saya berusaha, tapi ini balasannya. Mungkin perkahwinan ini tiada ertinya bagi dia lagi.

Akhirnya saya nekad bercerai. Jika diteruskan lagi, hidup saya akan lebih derita. Mia, 30,   Selangor


APA KATA PAKAR,
Datuk  Amli Embong, Peguam Syarie

Seseorang wanita yang diceraikan oleh suaminya boleh membuat beberapa tuntutan atas bekas suaminya di Mahkamah Syariah.

Tuntutan-tuntutan itu ialah, tuntutan mutaah, tuntutan nafkah eddah, tuntutan Hadhanah (Hak Jagaan Anak), tuntuan nafkah anak, tuntutan harta sepencarian dan tunggakan hutang.

Bagaimanapun, tuntutan tuntutan ini tertakluk kepada syarat dan kebenaran Mahkamah Syariah selepas melalui prosedur tertentu yang ditetapkan mahkamah.

Si isteri boleh membuat rujukan kepada pihak-pihak sepatutnya untuk mendapatkan maklumat dan prosedur permohonan, sama ada menerusi lantikan peguam atau ke pejabat ugama berdekatan.

Dalam hal puan tadi, yang mana mempunyai suami yang cenderung kepada lelaki dan tidak mampu memberikan nafkah batin kepada si isteri, isteri wajar meminta cerai.

Sekiranya suami setuju cerai cara biasa tidak ada masalah bagi kedua-dua pihak. Namun, sekiranya suami tidak setuju menceraikan isteri, isteri boleh membuat permohonan fasakh di mahkamah.

Dan alasan itu (suami tidak pernah sentuh) adalah alasan kukuh untuk mahkamah membenarkan permohonan cerai.

Dari segi tuntutan, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira mengenai tuntutan apakah yang boleh dibuat isteri.

Dalam kes ini, isteri yang tidak disentuh suami bererti masih anak dara. Oleh yang demikian isteri tidak mempunyai tempoh edah ketika bercerai.

Isteri tidak perlu menjalani edah selama tempoh tiga bulan seperti disyariatkan agama sebaliknya bebas dinikahi pada bila-bila masa selepas bercerai.

Isteri boleh membuat tuntutan mutaah atau saguhati perkahwinan daripada suami. Dan sekiranya dalam tempoh selama perkahwinan suami tidak pernah memberi nafkah kepada isteri, isteri boleh menuntut nafkah tertunggak daripada bekas suami melalui mahkamah.

Begitu juga dengan soal harta sepencarian. Isteri boleh membuat tuntutan harta sepencarian daripada suami.